Pengikut

Jumaat, 19 Mac 2010

Merancang Untuk Persaraan

Apa yang boleh saya katakan apabila terbaca keluhan pesara tersebut hanyalah...KESIHAN!! Simpati sahaja tidak dapat mengenyangkan perut dan membiayai kos kehidupan yang makin meningkat. Saya yakin 'GREEN BERRET' adalah seorang anggota komando dan sudah pasti terlibat dalam banyak operasi menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu berlandaskan kepada usia senja beliau. Sedih...Pengiktirafan negara bukan kepada pengorbanan nyawa demi mempertahankan negara, tetapi kepada mereka yang MENGHARUMKANNYA. Wira-wira ini semua...Pergi tanpa kenangan dan pengiktirafan! Itulah kenyataannya!!

Mari kita renung sebentar..."Kita merancang tetapi Allah menentukan". Kita diarah untuk merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang menentukannya. Nabi Allah Yusof merancang dan berusaha untuk menyimpan stok makanan di Mesir sebelum terjadinya kekurangan makanan. Ambil yang paling mudah pula...destinasi terakhir yang kita semua idamkan ialah SYURGA. Kita mesti merancang apa yang perlu dilakukan agar dipertimbangkan olehNya untuk sampai ke sana. Mudah sahaja...Tinggal apa yang dilarangNya...membanyakkan apa yang disuruhNya. Tapi ini masih memerlukan perancangan, kalau tidak mungkin akan terpelencung. Kehidupan saya sekarang berlandaskan 'Que sera...sera. Let it be...it be'. Untuk mencapai tahap ini pun, saya mesti merancang! Eh...eh...dah nak berdakwah pula.

Samalah juga kita perlu merancang untuk terus hidup sebelum tiba ke destinasi. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa akan keperitan hidup yang kita lalui sekarang. Mengikut terma perkhidmatan, anggota LLP  mesti berkhidmat sekurang-kurang 21 tahun untuk melayakkan mendapat pencen separuh gaji. Kurang dari itu...maaf! Untuk mendapatkan 60% dari gaji pokok pula...25 tahun 3 bulan. Sama juga pegawai. Untuk kapten ke bawah, sampai saja 47 tahun...sayonara; mejar 52 tahun, Lt Kol 55 tahun, hanya  Kol ke atas...58 tahun. Ini kenyataan yang tidak boleh sangkalkan. LLP hanya ada 21 tahun untuk merancang hala tuju selepas tamat perkhidmatan dalam ATM. Sekiranya sihat tubuh badan, InsyaAllah, 21 tahun tidak lama...diam tak diam anda dikejutkan untuk mengikuti Kursus Peralihan di PERHEBAT.

Saya dah lenguh 'mematuk' jari pada key-board untuk memperingatkan pembaca supaya bersedia menghadapi alam kenyataan apabila sudah tidak lagi 'relevan' kepada sesuatu organisasi. Ketika itu...'Out of Sight...Out of Mind'! Malah saya telah poskan satu coretan khusus untuk LLP pada 18 Ogos 2009 bertajuk "Anggota Tentera LLP...21 Tahun Kemudian" dan telah disiarkan dalam kolum 'Surat Pembaca' majalah 'PERAJURIT' isu Disember 2009. Sebagai peringatan, diturun muatkan coretan tersebut...

Klik coretan di atas untuk membacanya
                                                           
Saya ada menawarkan diri kepada seorang pegawai Kolej Tentera Udara di suatu ketika dulu untuk memberi ceramah kepada siswa/siswi tentang 'Pengurusan Kewangan'. Saya tidak mengharapkan wang 'ihsan'...anggap fardu kifayah. Secawan kopi sudah memadai. Anda teka sajalah responsnya...! Mungkin MBA (Ohio) saya pun masih tidak layak untuk memberi ceramah kepada bakal pemimpin TUDM. Tak apalah...tak rugi walau sesen pun dan saya boleh terus menarik troli dengan members tanpa sebarang gangguan.

Anda tidak perlu mengikuti kursus...membeli buku...mendapat khidmat nasihat Pakar Kewangan...untuk mengetahui bagaimana hendak bersedia menghadapi hari persaraan nanti. Buat permulaan, baca coretan saya berlabelkan "Financial Management". Tulisan tersebut tidaklah dalam bahasa akademik dan 'scientific approach'...hanya melalui 'PENGALAMAN'.

Saya meminta maaf sekiranya ada di kalangan Pembaca yang terkecil hati dengan pandangan ikhlas ini. Coretan ini ditujukan untuk SEMUA yang 'terlepas pandang' akan alam realiti yang pasti dihadapi di suatu hari nanti. 

5 ulasan:

Capt's Longhouse berkata...

Nor,

,,,I offer any ex-servicemen on hands practical business training at my Capt's Longhouse if any is interested plus paid allowance during the training period. Tel;012-3770214 for training dates and period. Just call or sms me for details.or e-mail; shariff.abbas@gmail.com
,,,to-date, I have trained not less than 70 candidates and most of them are now running on their own successfully.
,,,however, there's no such thing as a free lunch !. A hungry man is an angry man but on one goes hungry on kapas island. Hahaha !
,,,Be prepared to work hard with blood, sweat and tears too.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Sharif,

That's nice of you to offer training to xservicemen. I hope these people will respond to your offer.

Bekas tentera,

Ambil peluang ini. Nak berjaya bukannya mudah...jangan harap kejayaan datang menggolek.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan,

Saya sedih bila melihat kebanyakan bekas LLP hanya mampu menjadi pengawal keselamatan saja bila mereka dan pencen. Paling tidak pun pemandu teksi.

Yang mendapat lesen kontraktor kelas F pun tak kemana perniagaan mereka.

Tak tahu siapa punya salah. Adakah salah diri sendiri atau kurang pengetahuan selok belok perniagaan.

Rasanya ada yg nak tambah ilmu tapi terhalang dik pelbagai rintangan.

Sikap Tuan yg ingin memberikan ilmu tanpa mengharap balasan $$$ adalah sangat saya sanjungi. Semoga niat Tuan akan mendapat keberkatan-Nya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal,

Terima kasih. Saya memang sedih melihat dan mendengar masih terdapat mantan warga ATM menghadapi masalah selepas tamat perkhidmatan dengan ATM. Sayang sekali mereka kurang minat untuk mengikuti kursus yang memberikan 'kemahiran' yang sentiasa diperlukan oleh orang ramai.

KERJATANGAN ADALAH PILIHAN berkata...

Assalam tuan,
Says amat tertarik dgn tulisan tuan. Arwah suami saya adalah bekas airman di Butterworth. Beliau smpt servis 18 tahun dgn meninggalkan 6 org anak. Kami tidak pandai merancang kewangan, mungkin kami berdua berasal dr keluarga yg sgt miskin. Masing2 mempunyai tjwb yg berat terhdp keluarga masing2. Kini tiba giliran saya pula yg rgh berfikir nk bersara awal atas faktor kesihatan. Kiranya tuan mempunyai apa2 lagi panduan utk dikongsi sudi kiranya tuan hantar ke emel miasal60@gmail.com. Terima kasih.