Pengikut

Khamis, 19 Ogos 2010

Penentuan Ketulinan Madu Lebah

Persamaan Madu yang Dihasilkan Lebah dengan Al-Quranul Karim...

“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69).

Madu lebah...Saya memang suka. Setiap pagi saya mengambil 1 sudu teh madu dengan oats. Orang kata bagus untuk mengurangkan kolesterol dan memberi tenaga. Tu sebab bulan Ramadhan pun masih mampu tarik troli dan kulit tak keredut...tak perlu suntikan botox. He...He...He. Tetapi masalahnya ialah saya tak tahu sama ada yang dibeli itu tulen atau tidak. Sipenjual sudah pasti menyatakan madu itu 100% tulen. Beli dari pasar raya yang diimpot dari negara 'Mat Saleh' pun, macam rasa gula sahaja.

Beberapa bulan lalu, saya telah menonton program'Hello Malaysia' di Astro saluran 502 membincangkan tentang madu. Tetamu jemputan ialah Ketua Pengarah FAMA dan Prof Dr Nor Hayati dari USM, Kubang Krian. Prof ini merupakan seorang pakar dan banyak membuat penyelidikan tentang madu. Menurut beliau, untuk menentukan ketulinan madu, hanya ada satu cara sahaja...hantar ke makmal untuk dianalisa. Petua-petua yang kerap saya dengar tidak dibuktikan secara scientifik.

Menurutnya,  beliau telah membuat kajian tentang madu lebah 'Tualang' keluaran FAMA dan mengesahkan ketulinannya. Apa lagi, saya pun terus membelinya. Mula-mula dulu harga untuk botol 230gm Nett RM19, sekarang RM25. Tak apalah...janji tulen!


Mula-mula saya tidak simpan dalam peti sejuk. Tetapi kerana semut juga ingin kongsi bersama, saya terpaksa menyimpan dalan peti sejuk. Apa yang saya perhatikan, madu tersebut jadi beku - macam sekaya. Maka, tersedik dalam hati...mungkinkah madu keluaran AgroMas tidak tulen? Tapi, Prof kata tulen dan dia seorang pakar. Untuk mendapat kepastian dan penjelasan, saya telah menghubungi 'Pusat Memproses Madu Lebah FAMA' di Kuala Nerang.


Ini jawapan pegawai FAMA berkenaan...


Re: Madu Tualang
Tuesday, 17 August 2010 16:02:34
From: AZMI ISHAK azmi_ishak@fama.gov.my

To: nor ibrahim sulaiman nibsny@yahoo.com

assalamualaikum  tuan,

Terlebih dahulu pihak fama mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjadi pelanggan
setia madu lebah'agromas' keluaran fama. Untuk makluman tuan madu tidak digalakan
di simpan di dalam peti sejuk( enzim madu akan  turut beku / mati ). .Keberangkalian untuk
madu menjadi beku akan terjadi seperti yang tuan alami.Tetapi madu tadi boleh di cairkan
semula apabila tuan mengeluarkan nya daripada peti sejuk dan di letak kan pada tempat yang
panas atau di lapkan botol tadi serta di biarkan kering... madu akan cair semula.Ini pun dalam
jangka masa yang singkat bagi penyimpanaan madu di dalam peti sejuk. Jika madu di simpan
lama di dalam peti sejuk kemungkinan tidak boleh di cairkan lagi megunakan cara ini.

Sebenar nya mendapan yang terjadi di dalam madu ini merupakan gula daripada necktar
bunga atau madu itu sendiri ( fructose ) yang kadang kala akan pecah daripada komponen
madu itu ...bukan daripada campuran gula pasir atau ( sucrose ). hal ini biasanya nya terjadi
1 - 2 botol  : 500 botol - 1000 botol setiap kali keluaran. Madu ini sebenarnya masih boleh
di gunakan lagi ...tetapi pihak fama akan menukar dengan yang baru bagi keselesaan pengguna
/ pelanggan.

Pihak FAMA akan mengantikan produk madu tadi dengan yang baru untuk tuan apabila tuan
datang ke Rumah Madu Kuala Nerang.

Sekali lagi pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi.

Terima kasih.

saya yang menurut perintah

AZMI BIN ISHAK
(Pengurus Pusat Madu Lebah)
Pegawai FAMA Daerah
Pejabat FAMA Daerah Pdg Terap/Pokok Sena

En Azmi memberitahu saya untuk menghantar madu tersebut ke Pusat Madu untuk diganti.
Tak berbaloi...kos pergi ke Kuala Nerang melebihi harga sebotol dibeli di kedai Agro Mas.

Beliau berjanji akan menggantikannya apabila beliau berkesempatan pergi ke Jitra. Itu 
satu 'service' yang membanggakan. 


8 ulasan:

FMZam berkata...

Salam tuan,

Rasanya gambar2 madu tu tentu tuan tangkap guna hanfon Satio tuan, patutlah nampak 'sharp' betul "serikaya madu" yang tuan paparkan. Rajin2lah belajar tentang hanfon tu sebab kamera dia 12 Megapixel tu sudah lebih dari memadai untuk tuan mulakan langkah untuk jadi jurufoto amatur sebelum jadi jurufoto profesional. Nasihat saya tentang hanfon baru tuan tu mudah saja iaitu...if you master the handphone to show you value the present your wife gave you, the handphone will speak for you about your love for her.

Nasihat saya tentang madu pun mudah juga, ayat quran pun kata madu dari perut lebah, bukan dari perut botol, jadi memang susah nak tentukan madu yang diusahakan secara komersial tu ori atau tidak. Rasanya sudah lama hidup dipermainkan oleh madu (bukan madu tu ye), dari madu yang dijual dalam botol oleh orang asli di tepi hutan, atau dari gerai tepi jalan di Melaka hinggalah madu di supermarket, semuanya kata ORI. Dan macam2 petua dah saya dengar tentang keOrian madu, namun masih jugak tak lepas dari madu tipu. Kalau saya kata kalau nak madu asli kena cari dalam hutan tentu orang marah, namun itu saja cara untuk tau Ori atau tidak. Jadi olehkerana sekarang madu diusahakan secara komersial, maka dari nasihat yang saya terima kalau beli madu di kedai runcit atau supermarket, belilah madu dari New Zealand!

Tapi ingat ye yang saya dok bagi nasihat ni, saya tak makan madu sebab geli ingatkan madu keluar dari perut lebah. Saya cuma suka beli kerana anak2 dan isteri nak makan madu dan kadang2 untuk buat ubat. Tugas saya hanyalah memberi yang terbaik untuk mereka.

Ini hanya pandangan 2 sen saya. Salam tuan.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan & Sdr FMZam!

Lama tak dengar cerita sahabat saya ni.....bila keluaq mcm Prof sahaja bunyinya..Syabas Sahabat! Cuma komen saya --kebanyakan orang suka benda2 berkaitan MADU tapi nak bermadu tu lah ... Wallahuaqlam..Selamat Meneruskan Ibadah Ramadhan

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. kawan saya sorang nie lagilah tuan, kena tipu nak jual madu, lastnye kena tipu terbeli gula merah 10 tong..setiap tong ialah 18 liter, rugi kat $10K

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Terima kasih. Masih menggagau macam mana 'redial', tengok gambar, cari # contacts, dsb. Tapi, semua ini akan 'beres', InsyaAllah. Suggest you write your experiences for us to share. I'm serious about the "Collection Of Experiences". Your stories are most welcome.

Saudara Basri,

Bunyi macam ada apa-apa ke ni? Saya mengalu-ngalu warga Jurutera mencatatkan pengalaman mereka untuk buku tersebut.

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Betul kata FMZam, untuk mempastikan ketulinannya, kita pi dekat pokok yang ada sarang lebah tu sendiri. Tu dah pasti tulen. Selepas solat subuh pagi tadi, bercerita pasal madu dengan seorang Yang Arif. Menurut beliau, UPM memberitahu sekarang ini terdapat satu penemuan untuk 'membuat' madu lebah sehingga sukar orang nak mengesan bahawa ianya adalah produk tiruan.

ismi berkata...

saya pun selalu bingung nak cari yg asli..ooh mcm penipuan hingga sukar nak kesan ketiruan..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara ismi,

Entahlah...produk AgroMas oleh FAMA ni...!

Temuk berkata...

Salam Mej Nor
Setahu saya ada pengutip madu tualang terkenal bernama Pak Teh, di kawasan Pedu. Dengar ceritanya, sekarang anak dia yg ke hutan mencari madu tualang. Yg tu kabarnya memang asli, sebab Pak Teh sentiasa ulang janji pada tualang, tidak akan ubah keaslian madunya bila menjual. Saya biasa beli Monuka honey drpd NZealand.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Cikgu,

Saya beli madu keluaran FAMA ni kerana tertonton program 'Helo Malaysia'. Prof Dr Nor Hayati dari USM mengesahkan madu tersebut 100% asli, Wallahualam. Kan Prof nak kelentong kut!