Pengikut

Rabu, 29 September 2010

Dilupa Jangan

Pembaca...Ketika seorang pegawai dari 6 RAMD datang ke rumah berkaitan pusara arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail dalam coretan di sini, beliau telah bertanya kepada saya sekiranya terdapat lagi pusara wira-wira di Kedah dan Perlis. Pada pemahaman saya, unit tersebut akan menyelenggara pusara penerima anugerah SP & PGB yang terkorban. Mereka ada senarai penerima anugerah tersebut tetapi kemungkinan tidak dapat mengesan pusara wira-wira berkenaan.

Beberapa hari kemudian, saya telah menghubungi mantanPW2 Mohsain, Trup Semboyan Skn Bantuan, RGK, bertanyakan di mana arwah Lt Kol Ahmad Rashid PGB disemadikan. Ketika berjumpa di sini, beliau memberitahu saya bahawa beliau mengenali arwah dan keluarganya sebelum berkhidmat dalam ATM lagi. Menurut Mohsain, arwah disimpan di Jitra tetapi tidak pasti di tanah perkuburan mana. Dengan maklumat ini, saya telah menghubungi pegawai terbabit untuk tindakan mereka selanjutnya.

Saya difahamkan arwah adalah satu-satunya penerima 2 anugerah PGB! Saya ada menceritakan berkenaan beliau di sini.

Ketika menciplak bahan coretan "Lagi Mangsa Jerangkap Samar" ini yang terdapat dalam buku '19 RAMD Mekanis Di Somalia", saya membaca kisah "TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA". Ia mengisahkan secara terperinci bagaimana tentera kita melancar operasi untuk menyelamat krew helikopter 'Blackhawk' kepunyaan tentera Amerika Syarikat yang ditembak jatuh...difilemkan "Blackhawk Down". Operasi ini telah mengorbankan seorang anggota Tentera Malaysia, Kpl Mat Aznan Bin Awang SP. 

Antara gambar-gambar penghormatan terakhir kepada arwah Kpl Mat Aznan...
Saya telah menghubungi pegawai 6 RAMD berkenaan dan memaklumkan kepada beliau lokasi pusara pahlawan tersebut. Saya tidak tahu bagaimana keadaan pusara arwah dan harapan saya agar pihak berwajib...jengok-jengoklah pusara pahlawan-pahlawan negara itu! Al-Fatihah....

2 ulasan:

abu muaz berkata...

Salam tuan.
Saya pernah berkunjung ke tanah perkuburan arwah kpl.Mat Aznan secara tidak sengaja.

kenapa tidak sengaja kerana saya dan kawan2 waktu itu singgah di situ kerana ingin menziarahi kubur assyahid ibrahim Libya.

saya terpandang papan tanda kubur arwah lalu sy mengajak kawan2 lain untuk turut sama membaca quran di pusara beliau.

ada hikmah tersembunyi bila melihat pusara arwah berada bersama pusara orang-orang yang syahid dalam peristiwa memali itu.

Naungan pokoo-pokok bunga yang berbau harum...pokok bunga yang tinggi sangat subur...meyakinkan saya bahawa mereka semua sebenarnya syahid ... moga rohnya berada di taman roh orang-orang yang beriman.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara abu muaz,

Amin.