Pengikut

Ahad, 3 Oktober 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 1

Pembaca...Berikut adalah sumbangan daripada Mej Baharuddin, Kurator Muzium RAJD, berkaitan dengan'Jerangkap Samar'. Sepertimana yang saya cadangkan kepada Lt Kol Basri Omar di sini , beliau telah memanjangkan cadangan tersebut kepada Baharuddin untuk menceritakan sedikit sebanyak 'apakah itu jerangkap samar'....

SEJARAH
Mengikut sejarah yang diceritakan tetapi tidak ada rujukan sebenar. Dikatakan ianya
berlaku dalam tahun 50an di United Kingdom. Asal nama “Booby Traps” adalah diambil
daripada nama orang yang pertama terkena perangkap ini yang bernama Booby iaitu
seorang anggota polis yang telah terkena atau terpijak jerangkap samar yang dipasang
oleh Tentera Merah Ireland (IRA - Irish Red Army).

Semasa peperangan Vietnam dalam tahun 60an tentera Vietcong telah menggunakan
jerangkap samar secara meluas dalam konsep peperangan gerila dan berjaya
melemahkan semangat tentera Amerika dan seterusnya menjadi salah satu penyebab
kekalahan tentera Amerika di Vietnam.

Begitu juga Pengganas Komunis (PGK) yang meniru taktik ala Vietcong sekitar tahun
1968 hingga 80an telah berjaya mengwujudkan suasana keresahan dan ketakutan ke
atas pasukan keselamatan. Walaupun berjaya dikekang oleh pasukan keselamatan,
sedikit sebanyak mereka berjaya juga melemahkan keberanian pasukan keselamatan
dalam setiap operasi yang dilaksanakan dengan jumlah kematian dan kecederaan yang
agak tinggi.

DEFINISI JERANGKAP SAMAR
Pertama - Sebuah perangkap yang direka dan dirancang untuk membunuh atau mencederakan mangsa yang terpijak atau cuba mengusik atau cuba menyelamatkannya. Dijadikan umpan dalam pelbagai bentuk tanpa disedari oleh mangsa. Merupakan muslihat musuh untuk mencedera dan melemahkan semangat serta melambatkan pergerakan pasukan keselamatan.

Kedua - Jerangkap samar adalah satu muslihat berbentuk alat atau objek yang mengandungi bahan letupan atau lain-lain bahan yang direka dan diletakkan dengan teliti sebagai perangkap. Bertujuan mencedera dan melemahkan semangat serta melambatkan pergerakan pasukan keselamatan.

KOMPONEN JERANGKAP SAMAR
Bateri - Menggunakan bateri size D yang dibalut dengan tar agar tahan lama
sehingga 6 bulan.
Kabel - Menggunakan kabel hitam merah yang mudah diperolehi dikedai menjual
alatan elektrik kerana kabel jenis ini mempunyai rintangan yang rendah.
Peletus - Menggunakan peletus komesial atau yang diubah suai menggunakan mentol
lampu. Berfungsi untuk meletupkan cas jerangkap samar.
Cas - Cas utama mengandungi bahan letupan yang dicampur dengan serpihan logam,
kaca atau bahan2 yang akan memberi kesan kecederaan yang teruk ataupun
membawa maut.
Suis - Peranti mengaktif kuasa letrik yang biasanya direka secara improvise. Suis ini
diperbuat daripada bahan yang mudah di perolehi seperti penyepit baju, buluh, plastik, kertas keras dan sebagainya.

Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh Pengganas Komunis (PGK)...

Cas Suis Kabel dan Peletus Bateri


Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh Vietcong...


Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh pasukan keselamatan dalam Operasi
Naga sekitar tahun 70an...


Suis‐suis jerangkap samar berasaskan kefungsian elektrik yang diubahsuai mengikut citarasa pereka dalam pelbagai fungsi...
Terkini: Saya telah menghubungi pegawai Arkib Negara Malaysia (ANM) terbabit berkaitan coretan ini. Beliau bersetuju kisah terkorbannya arwah Kpl Mat Aznan SP ada merit untuk disiarkan dalam program 'Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS)'. Namun demikian, beliau tidak dapat memproseskan kisah tersebut disebabkan kesuntukan masa. (Insiden berlaku pada 3 Oktober 1993). Untuk makluman, ANM sedia menimbangkan sesuatu peristiwa, terutama yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme, bagi disiarkan dalam program HIDS. Tetapi mereka memerlukan masa untuk membuat penyelidikan. Sesiapa yang fikir sesuatu insiden perlu diketengahkan...sila hubungi mereka.

Bersambung...

3 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan & Mej Baharuddin!

Tk atas paparan tu....moga2 beri manfaat kpd semua yang berminat.Kpd Mej Baha...jazakallah!

Beliau punya blog sendiri ....Minda Baha...terlibat dlm Misi PBB d Somalia..'Engineers Mac Giver' seorang Peg RAJD yg SB(Serba Boleh).
Salam Aidil Fitri

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!
Mohon maaf...blog Mej Baharudin....Ruang Minda Baharudin.Tk...!

Mej Baharudin Noryat (Bersara) berkata...

Salam Tuan dan Lt Kol Basri tk atas komen tuan, untuk melihat blog saya memang seperti yang dinyatakan oleh Kol Basri. Untuk mencapainya tuan-tuan buat carian melalui google search sahaja hanya taipkan ..... Minda Baharudin sahaja. tk