Pengikut

Ahad, 6 Februari 2011

Khairat Kematian...Masih RM500?

Saya ada bertanyakan tentang bayaran 'ex gratia' seperti yang diumumkan oleh YAB PM di sini. Sehingga sekarang, tiada sebarang maklum balas pun. No problem. Satu lagi pengumuman beliau ialah tentang kenaikan kadar khairat kematian yang dinaikkan dengan serta merta daripada RM500 ke RM3000. Malah saya telah memberitahu waris arwah Sjn Pak Abdul, di sini, untuk menuntut peruntukan tersebut daripada pihak VETERAN. Tak tahulah saya sama ada mereka telah membuat tuntutan.

Tut...Tut...Saya terbaca surat daripada seorang pembaca di ruangan 'Forum' Utusan Malaysia pada 5 Februari. Betul ke apa yang dituliskan oleh 'VETERAN HILANG UPAYA' ini? Adakah waris yang kematian mantan anggota tentera selepas 10 Oktober 2010 masih menerima RM500...bukannya RM3K seperti yang diumumkan? Kalau memang benar apa yang dikatakanya, aisay man...malu saya dibuatnya! Dengan penuh yakin, saya telah beritahu waris arwah Pak Abdul bahawa mereka layak mendapat RM3K. Tapi, ialah, manalah saya nak tahu ini akan berlaku.

Selagi tiada sebarang kepastian, rasanya tak elok menuduh secara melulu. Give the government the benefit of the doubt. Sekiranya betul tidak menerima RM3K walaupun permohonan telah dibuat mengikut prosidur yang dikehendaki....Sungguh mengecewakan!

Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman/maklumat tentang perkara ini? Marilah kongsi bersama.

2 ulasan:

taming berkata...

KP JHEV, Mej Jen Datuk Zulkiflee dan Presiden PBTM, Dato' Mohammad Ghani, merupakan 2 "hero" yang sibuk memperjuangkan pesara-pesara ATM sepatutnya mengejar PM supaya apa yang beliau cakap dikotakan!
Apa dah jadi Dato Zul dan Dato Mohammad Ghani? Jangan malukan PM!

Tamingsari

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Tamingsari,

Terima kasih. KP JHEV dah beri respons tentang persoalan ini.