Pengikut

Sabtu, 24 September 2011

Tahniah....Datuk Kanang Anak Langkau

Datuk Kanang Anak langkau....TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN 'PANGLIMA GEMILANG BINTANG KENYALANG (P.G.B.K).

Akhirnya, pengorbangan wira ini diiktiraf oleh negeri kelahirannya...SARAWAK.

Utusan Malaysia 24 September 2011

Sudah pasti saya turut bergembira kerana semenjak 2010 lagi saya telah mempersoalkan dalam coretan ini mengapa beliau tidak di anugerah 'Dato'. Malah, saya telah menghantar emel ini  kepada YAB PM berkaitan dengan topik tersebut. Saya yakin penganugerahan ini tiada langsung ada kaitan dengan surat saya, tetapi sekurang-kurang saya telah menyuarakan apa yang saya fikirkan. After all, I'm not that influential! 

Hai...Yop oi di sana tu...Tak nakkah rekomen teman dapat Dato'? Teman teringin juga. He...He....He.

11 ulasan:

Lady Windsor berkata...

He deserves...patutnya dah lama dia diberikan reward itu..saya baca buku kanang anak langkau on1988, baru kini dia menerima haknya. Btw, hope u too...will get the same title..hihi!

Tanpa Nama berkata...

Orang selalu bercerita tentng pengorbanan sasaorang tg tertentu sahaja,tapi orang lupa bagaimana Kanang diselamatkan dan di bawa keluar dari medan pertempuran di kala itu adakah kita pernah bertanya siapa yg membawanya keluar?bagaimana caranya? apakah risiko dan rintangan yg dilalui mereka semasa membuat rescue Kanang masa itu?berapa lama penyelamat menjadi sitting duck hanya menunggu masa sebutir peluru sahaja hinggap.Adakah crew ini di kenang atau diberi tab on the back just say Weldone mate?......tapi sebaliknya orang berkata Kanang is a worrior, yes I agree and he desrve that. I even salute at him during that particular time...but norbody know and talk how Kanang was brought back safely to Ipoh.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Puan Lady Windsor,

Terima kasih. Akhbar hari ini, Datuk Kanang telah ditawarkan gelaran tersebut pada 2008 tetapi menolaknya. Sebabnya telah pun saya catatkan dalam coretan.

Saudara Anonymous,

Memang benar apa yang anda katakan itu. Masalahnya, kru Nuri yang menyelamatkan Datuk Kanang, terutama AQM terbabit, agak keberatan menceritakan masalah yang beliau hadapi ketika hendak winch Datuk. Saya difahamkan 'hoist cable was fully extended' tapi masih tak cecah bumi kerana pokok terlalu tinggi. Hanya selepas kapten pesawat 'hover' hampir mencecah pokok-pokok sahaja, barulah Datuk dapat di'winched'. Saya telah menghubungi beliau tetapi sehingga kini tiada sebarang berita.

Bagaimana umum boleh 'appreciate' apa yang kita lakukan sekiranya kita sendiri yang tidak sedia menceritakan? Mana mereka nak tahu? Semuanya akan berkubur bila tibanya nanti.

Fikir-fikirkanlah!

Unknown berkata...

Salam tuan,

Sebagai seorang ex Nuri Pilot, saya rasa banyak benda yang kita buat kita hanya pendamkan kerana semua itu adalah 'lillahi taala' ataupun dah tugas kita.

Bagi yang masih bertugas, apa yang mereka buat amat jarang dihargai. Dah bertahun Nuri dalam perkhidmatan TUDM, tapi apa berita canggih yang kita dengar?? Kalau Nuri accident, banyak la....

Maaf cakap, sindrom EU masih menebal dalam komuniti helikopter dan itulah yang membunuh karektor komuniti ini.

Tanpa Nama berkata...

Bagi sy walaupun x dpt Datuk, SP tu pun da memadai kerana adalah darjah yg tertinggi..tetapi namanya x popular seperti Datuk itu yg buatkan ia seperti anugerah yg x guna..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Anugerah Perkasa - SP, PGB, JPP, PTU & KPK - tidak membawa gelaran. Justeru, ramai rakyat tidak mengetahui signifikasi anugerah tersebut. Lain pula anugerah yang membawa gelaran seperti Dato'...sungguh dihormati!!

Tanpa Nama berkata...

Ada betul nya kata tuan naruto, nak buat cerita tak tentu hala nanti susah semuanya "Classified" habis tu pendam aje lah,saya berani chakaple kalau x de nuri dan crew yg berani pada masa itu nasib lah Kanang mungkin Kanang tinggal kenangan aje. Sdr annonymous macam mana orang nak tahu tentang popular nya Pingat tersebut ianya hanya dapat semasa bertugas dalam hutan bukan atas padang/pentas/studio/auditorim terlalak terlolong cuba buat atas tempat yg di ceritakan barulah ok .Pada penerima KPK lagilah teruk habuk pun tak de, ade yg kata anugerah yg tidak di iktiraf,saya syorkan kpd mereka kata supaya beritahu Gov and Mindef lenyapkan anugerah itu dari system.Kapada mereka yg mengatakan anugerah KPK tidak di iktiraf you are "sacarstic uncivilised babarian" type of people.Penerima KPK berjuang diperbatasan bukan anugerah buat kopi atau teh tarik.Ada kira kira 300 - 400 penerima KPK apa lagi mate "U make the different".Tq

Tanpa Nama berkata...

Salam,
"Datuk" gelaran kurniaan Negeri Sarawak, apa salahnya Federal anugerahkan "TUN" pula ....

apakah perkembangan anak Datuk Kanang yg sedang berkhidmat di Rejimen Artileri Diraja???

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Pada pandangan saya, tiada apa yang kita lakukan ketika bertugas sebagai krew Nuri boleh diklasifikasi. Anda boleh menceritakan pengalaman semasa bertugas, itu saja. Saya tak pernah terlibat dalam 'covert ops' yang 'hush..hush'. Justeru, marilah kongsi bersama pengalaman anda supaya generasi akan datang boleh menghargai sumbangan kita semua.

Sehingga 2008, jumlah KPK ialah 572 penerima.

Tanpa Nama berkata...

ada juga di kalangan Penerima KPK pun bertempur juga sama seperti PGB atau SP cuma cerita pertempuran mereka ini tak hebat sangat. bertempur tetap bertempur.dah memenag nasib mereka , KPK tak berprestige kata JPM.

Magenta Comm berkata...

Bravo