Pengikut

Khamis, 25 Oktober 2012

'Ditching'

Saya terima u-tube ini daripada saudara Mangchikla yang bertanyakan sama ada saya pernah buat 'water landing' seperti yang dilakukan oleh Prince William dengan helikopter 'Sea King' (sepupu Nuri).


Jujur saya katakan, sepanjang berkhidmat dalam TUDM, saya TIDAK PERNAH membuat pendaratan dalam air. Memang ada prosidur 'ditching' dan kerap diajukan soalan ini ketika 'cat', tapi tak pernah mempraktikkannya. Semasa menjawat Ketua No 5 Skuadron, TUDM Labuan, saya telah mengesyorkan kepada Panglima Wilayah Udara 2 agar saya dibenarkan membuat latihan ini. Alasan saya ialah kami terlibat dalam operasi terumbu dan terpaksa terbang sejauh ~170 batu nautika ke Stesyen Lima. Keberangkalian membuat ditching memang ada. Mana boleh samakan praktikal dengan teori; macam le belajar 'hovering' melalui kaedah membaca buku saja. Kecewa sekali, saranan saya ini tidak diluluskan dengan alasan peralatan elektronik dalam 'electronic compartment' akan rosak kerana kemungkinan compartment tersebut dibanjiri air.

Di era saya juga, kami tidak diberi latihan apa yang perlu dilakukan ketika pesawat mendarat kecemasan di dalam air. Taklimat kepada penumpang pula hanyalah mereka MESTI memakai 'life jacket'. Persedian untuk misi seperti ini ialah menentukan dinghy sudah diselenggara dan jacket pula mencukupi bagi semua pax. Sekarang ini, difahamkan semua anak kapal perlu mengikuti latihan simulasi ditching setahun sekali. Di Semenanjung Malaysia ada 2 syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut.


Apa pun, syukur alhamdulillah, setakat yang saya tahu, tiada Nuri yang terpaksa membuat ditching dalam laut disebabkan 'engine/s failure' sepanjang burung besi mula mencecah di bumi Malaysia pada 1968.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Jika diperhatikan heli Sea King Prince William itu dipenuhi dengan pelekat, barangkali untuk melindungi lubang2 yang ada itu tidak di masuki air. Satu kerja pulak nak cari lubang kat Nuri dan lekatkan dengan pelekat sebelum buat 'ditching' exercise, bagaimana jika berlaku keadaan yang emergency?, jawabya habis rosak elektrnik device dan mungkin juga tenggelam si Nuri....



Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous (28/10),

Terima kasih. Memang plaster kuning itu bagi mengelak air masuk dalam bahagian tertentu pesawat tersebut. Bukannya satu masalah untuk menampal plaster tersebut kerana semua 'inlets' diketahui. Pelekat hanya untuk latihan sahaja dan dilakukan di air tenang. Ditching ex oleh Prince William tu mungkin dalam tasik.

Dalam keadaan emergency, persoalan alatan elektronik rosak tidak timbul. Paling mustahak tiada nyawa terkorban dan semuanya selamat, wallahualam.

abang yong berkata...

Dulu kita baca ditching drill dari "Checklist" saja tak pernah dipraktikkan...Kalau Alouette landing dgn float tu adalah..

rommel berkata...

Kalau diikutkan, rekabentuk bawah Nuri utk memang direka untuk water landing. Bentuk sama seperti amphibian aircraft, flying boats mcm Dornier. Landing gear di kiri dan kanan berfungsi sebagai stabilizer floats. Cuma tak pasti kalau mendarat dalam air yg berombak besar..mau terbalik...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara rommel,

Terima kasih. Memang betul Nuri boleh mendarat dalam air. Mengikut Flight Manual, ia selamat mendarat di 'sea state 3'. Floats di kiri & kanan sponson boleh diactivate.