Pengikut

Isnin, 8 April 2013

Hero Kitar Semula

Memang glemer bebeno....Dan banyak-banyak bersyukur kepada-Nya...

Dah le tu...Muda 2 tahun. He...He...He. NST 7/4/13 (klik di sini)

Sebagai seorang penerbit persendirian yang baru saja menerbitkan buku terbaru, saya memerlukan apa jua 'avenue' untuk memasarkan buku itu. Percayalah, walaupun semua kita mempunyai nama, tapi bukannya 'ternama' atau ada 'the right connections', memang satu cabaran untuk melariskan buku. Kalau saya ternama seperti Tun atau seorang artis, setakat 1k naskah sudah pasti laris seperti pisang goreng panas. Masa pelancaran saja boleh habis dijual. Dan, pelancaran oleh VVIP tidak menjamin 'kelarisan' buku. Saya cakap melalui pengalaman.

Dengan adanya artikel di atas, sekurang-kurang pembaca NST Malaysia menyedari kewujudan buku berkenaan. Apa tidaknya apabila saya terima emel daripada 'The Boss' sebuah agensi yang dekat di hati saya mengucapkan tahniah dan menempah 50 naskah.....Syukur alhamdulillah. 

Saya sungguh bersimpati dengan rentetan saudara 'DEN CDO' dalam komen beliau di sini. Petikan '...Den dah ado draft buku keduo den tapi ghasonya mungkin tak dapek nak diterbitkan.....memandangkan buku pertamo Den yg baru di cetak 1K pun banyak laei'. Sunggguh malang sekali jika beliau betul-betul nekad tidak menerbitkan buku keduanya itu. Selain beliau, saya telah menerima satu sms daripada seorang penulis, xmejar, yang menyuarakan masalah seperti dihadapi oleh DEN. Petikan '...tpi susah jual cuma rm70 aje. hanya bbrapa  prpustakaan sja yg beli. mindef sendiri pn jwb tiada bajet. mohon bantuan.' 

Saya tiada jawapan tapi saya hanya mampu kongsi bersama pengalaman saya kepada beliau. Saya menceritakan apa yang telah saya laku. Perkataan 'MALU' terpaksa dilontarkan jauh-jauh; bukannya saya minta sedekah atau cuba menjual sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Redah saja dan berdoa. Saya telah merancang dan berusaha....Allah menentukannya.

PS: 

1. Saudara Mohammad Shahir bin Ismail telah menempah dan mengkredit RM40 dalam akaun untuk senaskah buku. Masalahnya beliau tidak menyatakan alamat pos. Saya telah menghantar 3 emel agar sms atau emel alamat. Saya harap beliau menghantar alamat dengan sekadar segera supaya saya menghantarkan buku itu. Terkini....Beliau telah menghantar maklumat yang diperlukan.

2. Ada yang terlebih kredit. Harap maklum pada saya supaya boleh dipulangkan baki itu. Saya tidak dapat kesan seorang pembeli yang telah kredit RM50 (lebih RM10). Saya harap beliau bersetuju untuk saya sedekahkan kepada surau di kawasan kediaman saya.

3. Paling saya takut sekiranya ada yang beranggapan saya tidak beramanah!!

Puan Shahimah....Terima kasih.

Tiada ulasan: