Pengikut

Jumaat, 15 November 2013

Satu Hari Di PPAS

13/11/13, saya berada di PPAS, Shah Alam, sebagai pengkisah di majlis berikut....

Bersarapan bersama Dr Syed Othman di hotel yang disediakan oleh PPAS. Pada 12/11, beliau bersama keluarga menghadiri majlis konvokasi UiTM. Salah seorang daripada 3 orang puterinya yang telah tamat pengajian bidang perubatan. Kini doktor muda terang-tang2 tu membuat 'housemanship' di Taiping

Saya telah menghubungi beberapa rakan seperjuangan. Antara mereka yang hadir untuk mendengar kisah mejar pencen ini termasuk....
Dari kiri: Mej Ramli Rahim TUDM (B), Kol Zainal Piee TUDM, Brig Jen Dato' Rosli Yusof TUDM
 (B)

....Dan saudara Shamsul Nahar serta saudara Mohd Afzeer Abas. Inilah kali pertama saya bersuamuka dengan depa - rakan 'alam maya'. Saya memang tabik spring kat depa ni kerana mempunyai semangat patriotik yang kental. Mereka banyak mengetengahkan kisah2 yang membabitkan anggota Pasukan Keselamatan di mukabuku dan forum. Depa berdua ambil cuti untuk menghadiri majlis ini. Malah, selepas tamat majlis, depa melobi Puan Pengarah PPAS untuk menganjur majlis seperti ini lagi. Depa cadangkan dibuat pada penghujung minggu bagi membolehkan ramai orang menghadirinya.

Saya percaya ramai para hadirin yang tersentuh dengan kisah Syed Othman. Ceritanya boleh dibaca di sini. Mana tidak tersentuh apabila beliau mengatakan yang buat kali terakhir beliau melihat wajah isteri tercinta selepas 23 hari berkahwin, ialah pada pada 4/8/1979. Itu pun samar-samar saja!

Dr Azaharudin, moderator, telah menjemput Puan Habibah, isteri Syed Othman, untuk menceritakan perasaan beliau sebagai seorang isteri. Habibah ketika itu bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Alor Setar (HAS). Beliau sedang bertugas ketika suaminya diterbangkan oleh 'burung besi' ke HAS. Apa lagi, bergegaslah beliau untuk melihat keadaan suaminya. Menurut beliau kedua-dua kaki masih ada tapi mata berbalut. Kebiasaannya, mangsa jerangkap samar mencacatkan kaki. Ini kaki OK tapi mata dibandage.
Dari HAS, Syed Othman dipindah ke Hospital Sungai Petani kerana HAS tiada pakar mata. Selepas itu, Syed Othman dipindah ke Hospital Pulau Pinang dan tinggal selama 3 bulan. Habibah bertukar ke SP. Beliau tidak dapat bersama suami setiap waktu kerana bertugas. Satu hari, semasa melawat suami, doktor pakar menjemput beliau ke pejabatnya. Di sini bom digugurkan. Doktor memaklum bahawa kedua-dua mata suaminya tidak dapat diselamatkan....buta buat selama-lamanya! 

Beliau begitu terkejut dengan berita itu. Menurutnya, beliau tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada suami. Hanya apabila Syed Othman dibenarkan pulang, barulah Habibah memberitahu suaminya. Semasa menceritakannya peristiwa itu, beliau memang sebak. 

Syed Othman pula, memulakan era baru dalam kehidupan yang penuh mencabar. Mula belajar 'braille' di Brickfield.  

Bersambung.....

Tiada ulasan: