Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian vi

Bersambung dari SINI...

Tapi, pada Jun-Jul 1955 gomen buat u-turn mengenai amnesty. Mengapa? Kerana keadaan serantau telah mula berubah!

Perancis yang menjajah Indo-China tidak dapat bertahan dengan kebangkitan rakyat negara-negara tersebut untuk melepaskan diri dari cengkaman penjajah. Penjajah ini terpaksa mengucapka sayonara kepada koloninya, Cambodia, Laos dan Vietnam setelah menandatangani "The Geneva Conference" pada 20 Julai 1954. Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, "The Conference takes note of the declaration of the Government of the French Republic to the effect that it is ready to withdraw its troops from the territory of Cambodia, Laos and Viet-Nam" (SINI). (Conference ini menyaksikan kewujudan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang akhirnya tercetusnya Peperangan Vietnam). Kuasa besar seperti Perancis pun boleh kalah kepada komunis!

Kejayaan komunis ini membimbangkan Inggeris. Ini disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Commissioner-General untuk Asia Tenggara dalam telegramnya kepada Foreign Office, London pada 27 Mac 1954 yang menyatakan:

"...It would be greatly to our disadvantage if the subject of Malaya was discussed or even raised, since this could easily be misinterpreted as an indication that the  Malayan Communists constituted a real nationalist movement in revolt against a Colonial regime rather than a Communist conspiracy of alien inspiration. It would therefore be best to refuse all discussion of the subject" (Telegram from Mr. MacDonald, Singapore, to Foreign Office, Geneva Conference and Malaya, (Secret), March 27, 1954. Dalam Chin Peng, My Side of History, hlm. 356).

Sementara itu, pada Ogos 1954 pula, wakil PKM ke "Council of World Democratic Youth" di Peking menyuarakan bahawa "...they are willing to undertake peace talks to bring the Malayan war to an end..." (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 8).

Selain itu, Tok Wan kepada komunisme, Russia dan China mula menunjukkan "kelembutan" dalam menyebar ideologi komunisme. Ini terbukti dalam Final Communique Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada April 18-24 di Bandung yang menyatakan bahawa "The Conference declared its full support of the principle of self-determination of peoples and nations as set forth in the Charter of the United Nations and took note of the United Nations resolutions on the rights of peoples and nations to self-determination, which is a pre-requisite of the full enjoyment of all fundamental Human Rights."(di SINI).

Rumusan Persidangan ini ialah:

- the decolonisation and emancipation of the peoples of Africa and Asia;
- peaceful coexistence and economic development;
- non-interference in internal affairs.

"Decolonisation" begitu taboo pada Inggeris. Dalam notanya pada 18 November 1954 sebelum Persidangan Bandung, George Crombie dari Commonwealth Relations Office menegaskan bahawa topik "anti-colonial" sudah pasti akan dibincangkan oleh bekas-bekas koloni Mat Saleh ini, seperti Pakistan dan India. Beliau menegaskan "...Anti-colonialism is such an obsession with, for example, Nehru, that it might even be unwise to approach him with counsels of moderation...". Untuk menyanggah ke'liatan' Inggeris memberi kemerdekaan kepada lain-lain koloni, termasuk Malaya, Crombie menegaskan bahawa "...our Colonial policy is to foster self-government by stages through democratic forms;..." (di SINI).

Gomen Mat Saleh di Malaya jadi serba-salah. Pilihanraya dah ditetapkan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan menjadikan ungkapan MERDEKA sebagai platformnya. Mat Saleh perlu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mengambil tindakan sedaya upaya untuk menamatkan darurat sebelum memberi kemerdekaan. Nak tak nak...terpaksa bersetuju le dengan cadangan Parti Perikatan untuk mengisytihar amnesty kepada gerila komunis.

Sebelum itu, Jawatankuasa Pengarah Operasi punyalah berbincang tentang terma-terma yang ditawarkan. Ia mestilah menarik terutama kepada soldadu2 PGK. Tunku tidak setuju dengan perkataan "detention" yang dicadangkan oleh British Cabinet Defence Committee, sebaliknya beliau mahukan "investigation". Setelah dipersetujui oleh semua pihak terbabit, terma-terma pengisytiharan meliputi:

1. Those of you who come in and surrender will be prosecuted for any offence connected with the Emergency, which you have committed under Communist direction,either before this date or in ignorance of this declaration.

2. You may surrender now and to whom you like including to members of the public.

3. There will no general 'cease fire' but the security forces will be on alert to help those who wish to accept this offer and for this purpose local 'cease fire' will be arranged.

4. The Government will conduct investigations on those who surrender. Those who show that they genuinely intent to be loyal to the Government of Malaya and to give up their Communist activities will be helped to regain their normal position in society and be re-united with their families. As regards the remainder, restrictions will have to place d on their liberty but if any of them wish to go to the China their request will be given due consideration (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 12).

Pada 8 September 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mengisytiharkan pengampunan.

Risalah Pengampunan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman & (Bourne?) Harap ada yang sedia menterjemahkan kandungan risalah ini. Terima kasih

Image result for images of amnesty leaflets during malayan emergency
Pas Keselamatan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman

Kempen memaklumkan gerila komunis dilaksanakan melalui pengguguran berjuta-juta risalah oleh pesawat dan juga penggunaan pembesar suara yang dipasangkan kepada pesawat.

Pesawat RAF Valetta menggugur risalah

La....masih tak sampai ke tindakan Chin Peng...merapu pula. Tapi ini merupakan latar belakang kepada Rundingan Baling. Tak apa le....bersambung.

Ahad, 25 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian v

Bersambung dari SINI.....

Image result for images of Lt. Gen. Sir Geoffrey Bourne, Director of operations malayaPada 11 Januari 1955, Tunku pergi berjumpa Lt. Jen. Sir Geoffery Bourne, Pengarah Operasi (kiri). Beliau menyedari bahawa PKM tidak akan menerima tawaran pengampunan ini. Beliau memaklumkan kepada Bourne bahawa objektifnya adalah untuk meyakinkan rakyat yang beliau membuat sesuatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga menyedari rundingan secara bersemuka dengan PGK mungkin tidak berlaku (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 4).

Hasil pertemuan ini, Jawatankuasa Pengarah Operasi telah bersidang pada 17 Januari untuk membincang saranan Tunku. Turut hadir ialah  H.S. Lee (wakil MCA). Lee dari mula lagi begitu teruja dengan cadangan ini yang diumumkan pada awal Januari. Malah, beliau sedia masuk hutan untuk bertemu dengan Chin Peng sepertimana yang diperakui oleh bos PKM itu sendiri, Chin Peng (Chin Peng, 2003), alias Chin Peng: My Side of History, Singapore: Media Masters, hlm. 353).

Semasa mesyuarat ini, Tunku dikehendaki menjelaskan apa yang dimaksudkan 'pengampunan' yang disarankan olehnya; adakah 'amnesty' atau 'armistice'? (Amnesty ialah "...an official pardon" sementara armistice ialah "...a formal agreement for general cessation of hostilities." Setelah berbincang, jawatankuasa menegaskan bahawa publisiti pengisytiharan ini dihentikan kerana ia menjejas kempen semasa yang menggalakkan gerila menyerah diri dan isu ini adalah isu gomen dan bukannya parti. Dengan kata mudah, gomen mat saleh tidak setuju! Namun begitu, gomen bersetuju untuk menubuhkan 'working party' untuk meneliti semua aspek implikasi amnesty. Working party ini dianggotai oleh pegawai staf Bourne, Setiausaha untuk Pertahanan, wakil Peguam Negara, Tunku, Lee dan V.M. Menon dari Parti Negara.

Keputusan mesyuarat diumumkan kepada rakyat jelata:

"The question of an amnesty was very fully discussed in every respect at the Director of Operations Committee today. It was unanimously agreed that a general amnesty should not be offered, but that the present surrender policy, which embodies a very considerable measure of amnesty should continue, and increased efforts should be exerted to bring it to the notice of the rank and file of the terrorists, so that more may be induced to follow the lead of the 1,500 who have already surrendered. It was also agreed that the matter should be kept constantly under review so that policy can be hastened by greater or lesser measure of amnesty" ((Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Walaupun usulnya ditolak, namun ianya tidak mematahkan semangat Tunku. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, Parti Perikatan menjadikan amnesty sebagai platform dalam manifesto untuk pilihanraya pada Mei 1955. Manifesto ini  menegaskan "...To end the Emergency as soon as possible by offering a general amnesty and, if that fails, to mobilise all our resources and seek all foreign aid to increase the vigour and intensify of the fight against the terrorists" (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Apa pula pandangan Chin Peng mengenai tawaran pengampunan ini?

La...masih banyak lagi. Rasanya bersambung lagi le....insyaAllah.

Khamis, 22 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian iv

Bersambung dari SINI...

Image result for images of tunku abdul rahman in 1950sBerbalik kepada posting sebelum ini, Inggeris betul2 terkejut berok bila Parti Perikatan menang pilihanraya pertama di Malaya. Jadi, mereka nak tak nak, terpaksa melantik Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Sebenonya, depa pandang rendah terhadap Tunku seperti yang dinyatakan oleh Henry Gurney apabila Tunku dilantik sebagai Presiden UMNO pada 25 Ogos 1951 "...I am  afraid that he will not be the sort of leader who will be capable of holding UMNO together in any important controversy. He will not of course be persona grata to the Rulers, and sooner or later these differences will have to be faced" (CO 537/7263, Gurney to Higham, 29 Aug. 1951. Dalam Fernando, British Attitude Towards The Alliance Party, 1952-1957, Jurnal Sejarah, 11 Nov 2017, hlm. 44).

Templer: Tiger of Malaya. The Life of: Cloake, JohnSama le juga Gerald Templer. Dia tak boleh terima sikap Tunku yang 'happy-go-lucky'. Dalam suratnya kepada Lyttelton pada14 Ogos 1952, beliau menyatakan "Tunku Abdul Rahman has behind him a lot of bad hats" kerana kerap menimbulkan subjek kemerdekaan (Cloake, John, (1985), Templer: Tiger of Malaya, hlm. 311). Tapi pandangan ini adalah 'mutual'. Tunku menyatakan bahawa Templer "...friendly but frank-he would talk in a very soldierly way. He objected to the speeches I was making in political rallies. I told him I couldn't praise the British while I was fighting for independence. After one speech he summoned me and said it was seditious. "All right," I told him, "put me in prison. It's your job." He glared at me and replied, "I wouldn't give you that satisfaction. I don't want to make a martyr of you!" (Cloake, hlm. 307). 

Bila dilantik sebagai Ketua Menteri, Inggeris memperuntukkan sebuah rumah kepada Tunku. Masalahnya ialah rumah ini bocor bila hujan. Beliau terpaksa mencari tempat kering dalam rumah bila hujan lebat (Fernado, hlm. 51). Macam ini  pihak penjajah melayan seorang Ketua Menteri!

Ekoran ini, beliau nekad untuk mendapatkan kemerdekaan seberapa segera dengan mengisytihar pemberian pengampunan kepada gerila komunis jika mereka menyerah diri. Malahan, usul Tunku ini telah dibincang semasa mesyuarat UMNO-MCA di Melaka pada 12 Januari 1955 lagi. Keputusan mesyuarat ialah "...to ask the Federation Government to offer amnesty terms to the Communist terrorist". Komunis yang menerima tawaran ini akan dihantar balik ke China atau "...be rehabilitated and allowed to remain to be good citizens." (Nik Anuar Nik Mahmud, (1998), Tunku Abdul Rahman, hlm. 3).

Keputusan ini telah dibawa kepada pihak Inggeris yang curiga tentang cadangan Tunku. Mereka ragu ramai komunis akan menyerah diri, lagi pula mereka sudah pun ada dasar yang menawarkan supaya komunis menyerah diri secara individu. Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi, telah menghantar telegram kepada Setiausaha Negara untuk Koloni yang menyatakan "This would be unfortunate, particularly as we see nothing in present situation which would support the belief that an offer of amnesty at this juncture would be likely to be successful" (Nik Anuar Nik Mahmud, (1998), Tunku Abdul Rahman, hlm. 4).

La....panjang pulak....berhenti dulu le dan bersambung nanti, insyaAllah.

Selasa, 20 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian iii

Bersambung dari SINI...

Ya...Bagaimana nak menamatkan darurat dengan segera supaya Inggeris memerdekakan Malaya? Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, UK yang diberi gelaran sebagai "Sick Man of Europe" kerana menghadapi masalah ekonomi yang kronik pasca Perang Dunia II. Sudah pasti mereka tidak begitu mudah untuk melepaskan 'Lombong Emas' ini. Mereka mempunyai kepentingan dalam pengeluaran getah asli, kelapa sawit dan bijih timah.

Bagaimana pun, Inggeris terpaksa menerima hakikat bahawa desakan untuk kemerdekaan begitu kuat sepertimana yang dibuktikan apabila Parti Perikataan yang berselogankan "Bergerak Mennuju Kemerdekaan (Moving Towards Independence)" telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya Persekutuan pada 27 Julai 1955. Sebenonya, menurut Fernando, Joseph M. (British Attitude Towards the Alliance Party, 1952-1957. JURNAL SEJARAH. Vol. 11, no. 11, Nov. 20117. University Malaya: Journal of the Department of History, hlm. 50, di SINI), Inggeris mengharapkan Parti Negara dibawah pimpinan Dato' Onn memenangani sekurang-kurangnya 30% kerusi yang dipertandingkan. Mereka memihak Parti Negara kerana parti ini memenuhi kehendak mereka sementelah ia merupakan sebuah parti pelbagai kaum. Mereka menghendaki sebuah parti pelbagai kaum untuk menerajui Malaya apabila merdeka nanti.

Inggeris begitu yakin bahawa Parti Perikatan hanya boleh memenangai hanya 30-45 kerusi sahaja. Memetik Fernando, jika jangkaan ini berlaku, "...This would mean that there would be no clear majority among the parties and reduce nationalist pressure on the colonial administration." Sungguh malang bagi Dato Onn dan Inggeris...Parti Negara memenangi sifar/0 kerusi!

Apakah formula Parti Perikataan sehingga hampir berjaya menyapu bersih pilihan raya pertama ini? Mengikut Arkib Negara, Parti Perikatan berjanji dalam manisfestonya (di SINI):

1. Kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.
2. Pendidikan untuk semua tanpa mengira kaum.
3. Pembentukan perkhidmatan awam mengikut acuan tempatan.
4. Mempertahankan hak asasi rakyat.
5. Mempertahankan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Perlembagaan.

Selain itu, A J Stockwell (Malaya Part III, hlm. 119) pula mencatatkan bahawa Parti Perikatan berjanji memberi pengampunan kepada semua gerila komunis.

Terma-terma pengisytiharan pengampunan ini....bersambung...

Ahad, 18 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian ii

Bersambung dari SINI....

Image result for images of gerald templerDalam perenggan 9 kepada "Directive given to HE the High Commissioner, Federation of Malaya, General Sir Gerald Templer, KCB, KBE, CMG, DSO, by His Majesty's Government" bertarikh 4 Februari 1952, kerajaan Inggeris dengan jelasnya menyatakan bahawa:

"9.  You may assure the Malayan peoples of all communities that they can count on the powerful and continuing assistance of His Majesty'  Government not only in the immediately task of defeating the terrorists but in the longer term objective of forging a United Malayan Nation. His Majesty's Government will not lay aside their responsibilities in Malaya until they are satisfied that Communist terrorism has been defeated and that partnership of all communities which alone can lead to true and stable self-government has been established." (Cloake, John. (1985). TEMPLER: Tiger of Malaya. Appendix 1. London: Harrap).  

Dengan lain perkataan, Inggeris hanya akan melepaskan koloni mereka yang kaya ini sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat apabila ancaman komunis berakhir. Masalahnya ialah keadaan keselamatan di waktu itu tidak menunjukkan bahawa PGK dapat dimusnahkan dalam masa terdekat. Ini diakui oleh Sir D MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British dalam laporannya kepada Lennox-Boyd, Setiausaha Negara untuk Koloni. Beliau menegaskan bahawa "... I reached the general conclusion that no early end to the Emergency in Malaya can be looked for so long as large sections of the Chinese community continue to give support to the Malayan Communist Party and thereby enable the communists to keep their armed forces in being." (Stockwell, A. J. (1995). Malaya: The Alliance Route to Independence 1953-1957. (Editor). Series B Volume 3. London: HMSO, hlm. 89. Stockwell merujuk kepada dokumen CO 1030/174, no 9, despatch no 104/55 from Sir D MacGillivray to Mr Lennox-Boyd on Chinese support for MCP and MCP Strategy). 

Parti Perikatan di bawah presidennya, Tunku Abdul Rahman yang juga Ketua Menteri, menerima hakikat ini. Justeru, objektif utama parti ini ialah untuk menamatkan darurat dengan kadar segera. Tetapi bagaimana? 

Related image
Oh ya...terlupa pula cerita the human side of Templer. Sesiapa yang membaca tentangnya tentu bersetuju yang dia ni memang strict orangnya. Sama seperti manusia biasa, dia juga ada kelemahan yang pada saya sungguh melucukan.

Menurut Cloake (hlm. 217), Supremo ini suka makan durian tapi masalahnya isteri beliau, Lady Templer/Peggie (Ethel Margery) melarang raja buah ini dibawa masuk dalam King's House (Carcosa). Untuk  mengatasi masalah ini, ADC beliau, 265 Lt. Raja Saigon bin Raja Mahmud, RAMD (Supplement to the London Gazette, 13 December, 1949, hlm. 5907) juga seorang pencinta durian, akan beli buah durian dan mereka berdua makan dalam garaj.  Saya tak boleh bayangkan Supremo menikmati raja buah bersama dengan ADC dalam garaj. Kelazatan raja buah produk Malaysia dapat "menundukkan" seorang jeneral yang begitu hebat. Masa itu belum lagi ada Musang King..He...He...He.  

Bersambung.....

Isnin, 12 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir

Assalamualaikum...dah lama tak menulis...

Topik Rundingan Baling bukannya satu topik yang asing bagi rakyat Malaysia tercinta ini. Rasanya mustahil jika orang Malaysia tak pernah dengar "Rundingan Baling/Baling Talks" di antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng di Baling pada 1955. Malahan peminat sejarah boleh baca transkrip apa yang dibincangkan oleh para peserta atau menonton video mengenainya di bawah ini.



Sementara itu, peminat sejarah yang terlepas pandang mengenai latar belakang yang membawa kepada rundingan ini boleh membaca tulisan Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dalam bukunya "Tunku Abdul Rahman and His Role in the Baling Talks",  (1998), terbitan Arkib Negara Malaysia. Buku ini turut memuatkan transkripnya sekali.

Saya pula cuba mengenengahkan pandangan British sebelum Tunku di"benar" bertemu dengan Chin Peng dan juga menyentuh aspek keselamatan, wallahualam.

Bersambung...insya-Allah.